Thursday, September 11, 2008

1 juta olympic ??? paralimpik ???

Selamat pagi Assalamualaikum to all. Tertarik tak dengan tajuk aku mungkin apa anggapan korang semua tentang perak dapat gelaran D-----K.

Emas gelaran apa?

Perak tentu laa d----k

Gangsa lak ?

Cacat ?

Normal ?

Lee Chan raih gangsa untuk negara


Siow Lee Chan berjaya menamatkan kemarau pingat 16 tahun Sukan Paralimpik negara selepas berjaya merangkul gangsa acara powerlifting di Beijing, semalam.


BEIJING – Atlet powerlifting negara, Siow Lee Chan menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun buat negara pada temasya Sukan Paralimpik apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori bawah 56 kilogram wanita, semalam.

Lee Chan, 37, berjaya membuat angkatan seberat 95 kilogram, yang mengatasi pencapaian beliau ketika Sukan Paralimpik Athens 2004 dan Sukan Para ASEAN ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.

Kejayaan beliau turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pingat emas menjadi milik Fatma Omar dari Mesir yang melakukan angkatan seberat 141.5kg yang merupakan rekod Paralimpik dan rekod dunia, sementara pingat perak menjadi milik atlet dari Rusia, Irina Kazantseva dengan angkatan seberat 97.5kg.

“Sangat sangat teruja, sangat mencabar. Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak fikir terlalu banyak. Saya akan terus berlatih powerlifting dan mencuba yang terbaik untuk mencapai keputusan lebih baik,” kata Lee Chan pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian pingat yang diadakan di gimnasium Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing.

Lee Chan pernah mewakili negara pada Sukan Paralimpik Sydney (2000) dan Athens (2004) dan pencapaian terbaiknya sekadar di tempat keenam pada kedua-dua temasya itu.

Namun kejayaan Lee Chan tidak dapat diteruskan oleh rakan sepasukan, atlet veteran, Cheok Kon Fatt, 53, dalam kategori bawah 52kg lelaki.

Kon Fatt yang bertanding dalam Kumpulan B kategori yang sama tidak dapat mengatasi pencapaian atlet-atlet dalam Kumpulan A.

Pemenang pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik Barcelona 1992 itu sekadar menduduki tempat kelapan daripada 12 peserta dengan angkatan seberat 137.5kg.

Kategori bawah 52kg lelaki itu dimenangi atlet China, Wu Guojing dengan angkatan seberat 175kg. Pingat perak pula milik Osama Elserngawy dari Mesir dengan 167.5kg dan gangsa dimenangi Narong Kasanun dari Thailand juga dengan berat yang sama.

Osama memenangi pingat perak berdasarkan faktor berat badan yang kurang iaitu 49.55kg berbanding Narong yang mempunyai berat badan 50.56kg.

Bagi jurulatih negara, Ghazali Osman, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan oleh Lee Chan.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaiannya, walaupun pada awalnya ada sedikit tekanan. Semuanya bergantung kepada strategi dan latihan sejak enam bulan lepas di mana sesi latihan di bawah pengawasan MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya.

– Bernama

Kalau yg ini pulak ada tak kita dengar apa habuan yg dia akan dapat???

Adakah sebab dia cacat ?

Adakah sebab sukan paralimpik ni tak berapa di iktiraf oleh kerajaan?

Atau org cacat ni tak menyumbang pada negara?

Boleh berikan jawapan pada soalan aku ini?

Sebabnya aku berkata bergini telinga aku tak mendengar lagi apa yg mereka ini akan dapat atau dah ada di perkatakan mereka ini sudah tertulis habuan nya bila kembalinya ke Malaysia nanti .

Maaf kan laa kalau aku ada tersalah kata dalam tulisan aku ini aku memohon 6 jari kemaafan

PEACE....................

Wednesday, September 10, 2008

EMAK

Sudah berbuka alhamdulillah 10 hari umat islam berpuasa hari ni.Patin masak tempoyak daging salai air asam n paling best potato salad memang best.

Tahun ni buat pertama kalinya aku berhari raya tanpa emak yg aku paling sayang dan impak nya paling terasa apak aku berhari raya bersama isteri yg di cintanya.

Hanya selawat ker atas roh nya akan menyusuri setiap masa .

Buat masa ni aku menjaga apak aku itu la panggilan yg aku panggil selama 36 tahun aku hidup.Akun ingin menjaga ia seperti dia menjaga aku semasa aku kecilnya.

Teringatkan cerita arwah masa dia melahirkan aku dia terus mendiam kan diri dan memirkirkan macam mana aku besar nanti dapat tak aku menjalankan kehidupan seperti manusia yang sempurna.
Aku bukannya seperti manusia lain itu kata aku laa tapi kawan-kawan sekeliling aku tidak katanya.

Tapi itu laa kenyatan nya aku sampai sekarang tak dapat mengunakan 10 speed Dura ace,105 dan mmg tak boleh pakai hehehe.

Pakai laa sora belas ehsan kawan yg baik hati yg tak dapat aku balas.

ok kekawan assalamualaikum semua......





Tuesday, September 9, 2008

ISO , nasi kerabu n nasi tomato

Dah dua hari tak hujan petang kering baju aku and boleh laa kayuh malam minggu itu pun kalau perut tak berat.

Hari ni ada ISO traning 2 hari ingatkan bosan tapi satu benda baru dalam kerja di company minyak n gas.

Pulang kerja pergi pasar ramandan beli la nasi kerabu tepung pelita 3 rm1 murah gak kat subang 2 ni kebanyakan kuih nya 3 rm1 dari tempat lain roti jala lagi
1.Nasi kerabu
2.Tepung pelita 3 rm 1
3.Roti jala 6 rm2

nafsu tul beli makanan tup2 balik umah ha ada nasi tomato.SEDAPPPP nasi tomato nya

Azan jer hahhh terus sergah tapi doa dulu lepas tu buah tamar 3 biji then baru laa makan nasi tomato kerabu roti jala terus lupa azam nak kurus bulan puasa ni hehehehe.

Sambil update blog ni sambil tu buat nasi goreng cili api makan lagi heeee gemok laa aku dah laa sebelum puasa ni hampir 80 kg buruk rasanya bila tgk pic aku atas BCA aku.

Kesian BCA dah lama tak di tunggangi.

Tegak jer di atas roller huhh

Apa-apa pun dia la cinta hati ku hehehe

jauh dia dah bawak aku berkayuh sampai ker Kuala Terengganu

ok kekawan komen laa apa yg patut

bye assalamualaikum.


Saturday, September 6, 2008

Hujan Sabtu



Sahur kena mertabak yang entah bila punya yang pasti tak basi dan bersama milo panas terus ke katil lepas tu melantak tido sampai kul 9 heheh bangun tgk langit cerah akan tetapi sekejap jer lepas tu mendung cadang nak gi pasar awam sek 6 shah alam tapi rasa tak berbaloi ermmm at last lepak kedai ikan tgk ikan teteram rasa hati tgk ikan tapi pic nya tak de rasanya ini ok tak gambarnya.
Heheheh apa-apa pun masa lepas balik dari kedai ikan tadi ada ternampak 3 rider aku rasa bukan malay dalam hujan kayuh.Aku jer tak kayuh2 lagi ada sekali tu beli togeh naik beskal chap ayam aku tu bila kalanya sampai kat umah gelap2 mata aku hehehe tak cukup vitamin hehe.Harap malam ni jgn laa hujan aku nak kayuh area Putrajaya lepas terawih itu pun kalau terawih aku gi.Ok la nak siapkan keje yg boss nak Monday ni.


Tataaaa daaaaa......................... komen laa kekawan bagi mencantikan lagi blog aku yang masih bayi lagi hehehehe

Friday, September 5, 2008

Kerja

Macam biasa kerja tapi hari ni lepas sahur siap kan anak2 terus ker subang setiba di subang lelap kan mata sekejap sebab mengantuk giler bawak wira tu pun dah terhoyong hayang.Tiba di subang terlihat kembali beskal chap ayam aku ada dia atas roller ooopocot cerita ttg roller mmg menarik traning atasnya punyai pengalaman baru sebab baru kayuh 10 minti badan dah berpeluh lencun memang fat burner yg lebih menarik nya aku dah berani lepas kan tangan bila kayuh mcm PRO la pulak .
Akan tetapi roller tu bukan kepunyai aku ianya salah sorang shabat yg nama nya sama seperti aku org nya terlalu baik hendak menjual kepada aku boleh tak tetamu yg membaca blog aku ni meletakkan harga $$ pada benda itu aku binggung tak tahu berapa aku nak beri pada nya sebab ia suruh aku memberi sendiri harga nya BINGUNGGGG.

Ok kawan esok aku cuba letak pic kat dalam blog ni bagi korang evaluation yerr

Itu jer laa rasanya coretan aku untuk hari ini.

Thursday, September 4, 2008

Puasa n Beskal

Assalamualaikum..

Beskal n bulan puasa semalam petang aku dah mula pegang beskal chap ayam aku untuk kekedai wah rasa macam gelap2 mata selepas sampai ......Habis betul tenaga aku rasa nya berpuasa wal hal tak berkerja berat mana pun just key in data je....azam tahun ni puasa mmg nak penuhkan kalau tak de aral melintang.Aku nak keraskan perut aku yang dah gendut ni heheheh boroi.Entah tak tahu aku nak buat mcm mana lagi ngan perut ni.Kalau ada kawan yang tengok or baca blog yg baru sangat aku buat hari ni dan baru belajar nak buat yang dah lama aku nak cuba buat.Mungkin ayat aku pun tunggang telangang harap beri komen ek
Selamat berpuasa..