Thursday, September 11, 2008

1 juta olympic ??? paralimpik ???

Selamat pagi Assalamualaikum to all. Tertarik tak dengan tajuk aku mungkin apa anggapan korang semua tentang perak dapat gelaran D-----K.

Emas gelaran apa?

Perak tentu laa d----k

Gangsa lak ?

Cacat ?

Normal ?

Lee Chan raih gangsa untuk negara


Siow Lee Chan berjaya menamatkan kemarau pingat 16 tahun Sukan Paralimpik negara selepas berjaya merangkul gangsa acara powerlifting di Beijing, semalam.


BEIJING – Atlet powerlifting negara, Siow Lee Chan menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun buat negara pada temasya Sukan Paralimpik apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori bawah 56 kilogram wanita, semalam.

Lee Chan, 37, berjaya membuat angkatan seberat 95 kilogram, yang mengatasi pencapaian beliau ketika Sukan Paralimpik Athens 2004 dan Sukan Para ASEAN ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.

Kejayaan beliau turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pingat emas menjadi milik Fatma Omar dari Mesir yang melakukan angkatan seberat 141.5kg yang merupakan rekod Paralimpik dan rekod dunia, sementara pingat perak menjadi milik atlet dari Rusia, Irina Kazantseva dengan angkatan seberat 97.5kg.

“Sangat sangat teruja, sangat mencabar. Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak fikir terlalu banyak. Saya akan terus berlatih powerlifting dan mencuba yang terbaik untuk mencapai keputusan lebih baik,” kata Lee Chan pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian pingat yang diadakan di gimnasium Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing.

Lee Chan pernah mewakili negara pada Sukan Paralimpik Sydney (2000) dan Athens (2004) dan pencapaian terbaiknya sekadar di tempat keenam pada kedua-dua temasya itu.

Namun kejayaan Lee Chan tidak dapat diteruskan oleh rakan sepasukan, atlet veteran, Cheok Kon Fatt, 53, dalam kategori bawah 52kg lelaki.

Kon Fatt yang bertanding dalam Kumpulan B kategori yang sama tidak dapat mengatasi pencapaian atlet-atlet dalam Kumpulan A.

Pemenang pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik Barcelona 1992 itu sekadar menduduki tempat kelapan daripada 12 peserta dengan angkatan seberat 137.5kg.

Kategori bawah 52kg lelaki itu dimenangi atlet China, Wu Guojing dengan angkatan seberat 175kg. Pingat perak pula milik Osama Elserngawy dari Mesir dengan 167.5kg dan gangsa dimenangi Narong Kasanun dari Thailand juga dengan berat yang sama.

Osama memenangi pingat perak berdasarkan faktor berat badan yang kurang iaitu 49.55kg berbanding Narong yang mempunyai berat badan 50.56kg.

Bagi jurulatih negara, Ghazali Osman, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan oleh Lee Chan.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaiannya, walaupun pada awalnya ada sedikit tekanan. Semuanya bergantung kepada strategi dan latihan sejak enam bulan lepas di mana sesi latihan di bawah pengawasan MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya.

– Bernama

Kalau yg ini pulak ada tak kita dengar apa habuan yg dia akan dapat???

Adakah sebab dia cacat ?

Adakah sebab sukan paralimpik ni tak berapa di iktiraf oleh kerajaan?

Atau org cacat ni tak menyumbang pada negara?

Boleh berikan jawapan pada soalan aku ini?

Sebabnya aku berkata bergini telinga aku tak mendengar lagi apa yg mereka ini akan dapat atau dah ada di perkatakan mereka ini sudah tertulis habuan nya bila kembalinya ke Malaysia nanti .

Maaf kan laa kalau aku ada tersalah kata dalam tulisan aku ini aku memohon 6 jari kemaafan

PEACE....................