Friday, October 23, 2009

Powerman 2009

Salam to all....

Persiapan entah kemana hari dah dekat....... muntah melayan nyer nanti harap semua berjalan ngan lancar dan gerek pun jangan la ada apa2 ....Doakan aku habis lakukkan 60km bike........

bye see u all soon ...

wasalam............


Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya.......Mantai day

Salam......Selamat sejahtera semua....

2nd sons tengah basuh daging nak buat rendang.

Ayam pencen di buat rendang...


Lemang 2nd time buat alhamdulillah menjadi cuma kurang hentak.


Ketupat 300 biji ni jer yang aku tak leh buat kerana akan mengunakan kesemua sepuluh jari.


Antara yang menolong

ni semua akan buatkan berat badan aku naik heheheh tak per lepas ni nak push hard for powerman 2009.
Ok la itu jer kot coretan Raya untuk tahun ni

Sunday, July 26, 2009

UNITEN malakoff dualhton 2009








Beskal chap ayam bergambung ngan chap ayam runner.........

Sunday, June 28, 2009

smoking, effects of smoking, smoker, quit smoking, quitting smoking, stop smoking, ciggerret, rokok, anti rokok, kandungan dalam rokok, dilarang merok

Tips Berhenti Merokok

TIPS BERHENTI ME ROKOK

1.Keazaman yang kuat - Tetapkan hari permulaan berhenti merokok. Buang semua rokok, produk tembakau, tempat habuk rokok, sama ada di rumah, kereta dan tempat kerja. Apabila berhenti merokok, jangan hisap, malah menghidu asap pun tidak boleh.

2.Sokongan dan galakan - Beritahu ahli keluarga, rakan dan kakitangan sepejabat bahawa anda berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka. Minta mereka tidak merokok dan meninggalkan rokok berdekatan anda.

3.Belajar kemahiran berhenti merokok:

- Cuba elakkan diri berfikir mengenai rokok. Bercakap dengan seseorang, pergi berjalan dan sibukkan diri dengan sesuatu tugas.

- Ubah rutin apabila kali pertama berhenti merokok. Gunakan laluan baru ke tempat kerja, Minum teh menggantikan kopi dan bersarapan di tempat baru.

- Lakukan sesuatu untuk mengurangkan tekanan seperti mandi air panas, bersenam dan membaca.

- Rancangkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati setiap hari

- Banyakkan minum air.

4.Dapatkan ubat-ubatan dan gunakan dengan betul. Penyedut nikotin, penyembur hidung nikotin dan penampal nikotin yang diperolehi dengan preskripsi serta gula-gula nikotin boleh membantu berhenti merokok.

5.Bersedia untuk saat sukar atau kembali merokok. Jangan kecewa dan putus asa apabila anda merokok semula. Ingat kerana ramai yang berjaya selepas beberapa kali mencuba. Jauhi alkohol dan perokok lain.

KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN APABILA BERHENTI MEROKOK

20 minit - Tekanan darah dan denyutan nadi turun ke kadar biasa. Suhu kaki dan tangan kembali biasa.

8 jam - Kadar karbon monoksida dan oksigen dalam darah menurun kepada biasa.

24 jam - Peluang mendapat sakit jantung menurun.

48 jam - Sel saraf kembali berkembang. Deria bau dan rasa bertambah baik.

2 minggu hingga 3 bulan - Pengaliran darah bertambah baik. Lebih mudah berjalan. Fungsi paru-paru meningkat 30 peratus.

1 bulan hingga 9 bulan - Batuk, sinus, keletihan dan sesak berkurangan. Cilia (rerambut halus) dalam paru-paru tumbuh semula untuk menangani masalah lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.

1 tahun - Risiko penyakit arteri koronari menurun 50 peratus berbanding perokok.

5 tahun - Kadar kematian akibat kanser paru-paru menurun. Risiko mendapat angin ahmar sama seperti bukan perokok. Risiko mendapat kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas menurun.

Wednesday, June 10, 2009

Roller Trainer

Assalamualaikum...

Pic tiada cuma sedikit pertanyaan tentang roller traning ni . Jikalau kita train atas roller dalam masa 45 minit 25km persamaan di jalan raya berapa ek ?Boleh para sahabat kaki kayuh memberi sedikit pandangan atau jawapan saya itu .

Terima kasih kerana memberi pandangan dan jawapannyer.

Wednesday, May 13, 2009

Yan-Wan Kelian


Yan-Wan kelian penuh cheritera suka dan duka wah bersastera aku lak.Berkayuh begitu jauh dengan suasana pemandangan yang cantik dengan sawah padi gunung-ganang.Fobia bocor melanda beskalchap ayam aku lagi.Bermula dari bertolak dari Subang selepas mengambil beskal aku "CUBE".Dari Subang pukul 4.00pm lalu Guthrie hiway terus ke Yan Kedah untuk Charity Ride Malakoff.Ada sedikit masalah tak kala sampai di terowong Menora Jelapang- Perak Xciden lori Petronas terbalik wah melaporkan dari tempat kejadian........








Pintu terowong Menora


Satu bas dari KL pun baru sampai Butterworth.Pukul berapa la agaknyer nak sampai ker Yan tempat yang aku tak pernah sampai.Sampai jer kat Yan dalam jam 9++ aku terus ker Rumah anak-anak yatim tempat berlangsungnyer acara pertama raikan anak-anak yatim di rumah anak yatim Budi maaf kalau salah.Ramai jugak kawan-kawan dari ride yg lepas ker Terengganu tapi kali ni Pak Berahim(KOM),Nizar dan kawan-kawan yang tak sempat aku nak sebut namanyer wahhhhh macam menang award lak kan ber ucapan heheheheh.Selesai makan terus pergi tempat istirehat di salah satu homestay di sana lupa lak namanyer.Tapi tempat tido kali ni memamg special dalam khemah berkatil double decker kipas cuma satu risau sikit tempat cor driver aku jer.... hehehe besar katakan. Tapi memang satu pengalaman yang tak dapat den lupo thanks Malakoff(mcm bodek lak).



"Peleton Cube"

Posing ala2 mcm terpaksa hehehe....

Terpaksa kempiskan perut boroi hwa hwa hwa........


Yan - Wan Kelian Kedah - Trang -Krabi Thailand tapi aku dapat buat dari Yan - Wan Kelain 190km .Beza tahun ini aku mengunakan Beskal baru "peleton Cube ".Beskal berat dalam 10+kg memang selesa panjat bukit.Tapi kali ni kelajuan dalam 30km/h laju gak.Terima kasih"CUBE".Tentang bocor tu memenag terjadi jugak 2 kali bocor lepas tukar tayar baru baru ok kasut aku pulak buat hal kopak setiba sampai di pet stop 2nd akhir di depan tapak UPM(Universiti Malaysia Perlis kalau tak silap)Azli aku tengok cramp dia tuam dengan ais tapi bestnyer dia diantara yang lepas berkayuh memanjat Kaki Bukit kalau tak silap nama tempatnyer la ketinggian tahap gaban 3 km Pak berahim,Azli,Hamid,antara yang aku tgk lepas naik ada yang aku tak sebut sebab tak tahu namanyer maap....

Diantara yang terbaik







Ni senyum paksa ker apa ni ? heheheheheheh



mamat ni poyo jer


Bukit yang terpacak






MTB Perlis

Masa turun pagi tu ramai gak cycling dari perlis panjat kaki bukit ada yg tolak hehehe.............................

Ladang tebu yangg baru lepas di tuai rasanyer laaa .Kalau gajah nampak ni pasti dia suka kan heheheheh.







ok ketemu lagi insyallah tahun depan for next charity ride.




Sunday, March 22, 2009

Hot Air Balloon Putrajaya 2009


Assalamualaikum....

Lama sungguh tak update blog ni . Seminggu sekolah break,2 hari ke Paka urusan kerja .Banyak gak karenah staff kat sana tapi ambil ngan mudah tak mahu gaduh-gaduh.Back to the tajuk BELON PANAS. Ramai gak yer aku turun ngan family naik beskal sorang satu. Tengok ni pic yg aku ado heheh cantik - cantik jugak belon-belon nyer.


Di antara belon yang menarik perhatian.

Penuh warna di langit biru

Dua wajah belon yang berbeza akan tetapi satu belon sahaja yang di gunakan..........


Wajah yang ceria di wajah mu

Selain belon panas layang-layang pun ado itu la aktiviti akhir cuti sekolah aku dan nak-anak.





"Kite Runner"